D.K.II

درجه قرابة سلطان محمود بدر الدين يغ كتيك كلس كدوا (دي.كي.دوا) –كلارن خاص

Darjah Kerabat Sultan Mahmud Badaruddin III Kelas Kedua (D.K-II) – Gelaran Khas

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada ahli kerabat DYMM Sultan Mahmud Badaruddin III dan juga DYMM Raja / Sultan bagi Negara Asing dan ahli kerabat keluarga anak Negeri serta individu yang difikirkan sesuai oleh baginda, juga tidak ketinggalan kepada Ketua Negara yang berjaya membawa perkembangan kepada rakyat. Darjah Kebesaran ini merupakan darjah yang kedua tertinggi di dalam semua Darjah yang diwartakan oleh baginda dan ianya perlu pelbagai tapisan agar Darjah tidak disalah guna dan tidak diberi sewenang-wenangnya. Darjah ini hendaklah dikelaskan sebagai Yang Amat Dihormati (YAD)

Gelaran-gelaran yang biasanya diberikan adalah ditetapkan oleh Baginda Sultan melalui proses penapisan dan juga proses kenal pasti latar belakang individu, kebiasaannya gelaran angka 3 atau angka 4 yang diberikan ini adalah merupakan Kerabat Istana kelas yang amat dihormati dan kedudukan mereka adalah paling hadapan selepas kerabat teringgi Istana.

Gelaran yang dinobatkan kepada individu ini tidak akan sama dengan gelaran calon lain, ertinya gelaran yang diberikan ini adalah gelaran kurniaan khas dan hanya penerima ini sahaja mempunyai gelaran itu.

Contoh : Dato’ Seri Bentara DiRaja, Dato’ Bakti Setia, Dato’ Paduka Setia Wangsa, Dato’ Lela Bakti dan lain-lain.

Gelaran Suami : Gelaran Khas yang diperkenan DYMM Sultan

Gelaran Isteri : Toh Puan Seri / Datin Paduka Seri (tergantung kelas gelarannya)

Gelaran Perempuan : Gelaran Khas yang diperkenan DYMM Sultan

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YAD. Dato’ Seri Bentara DiRaja, D.K. II., (sambung singkatan pingat atau darjah yang diterima yang lain)

Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –

Darjah dilengkapi dengan :

1. Selempang

2. Medal di paras Poket

3. Medal dan Rantai Kebesaran

4. Medal di selempang

5. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat

6. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam

7. Medal untuk Isteri

8. Coler Pin untuk pakaian harian

9. Bantal penyampaian adat (jika perlu)