درجه قرابة سلطان محمود بدر الدين يغ كتيك ترتيغكي (دي.كي.تي) – تياد كلارن
Darjah Kerabat Sultan Mahmud Badaruddin III Tertinggi (D.K.T) – tiada gelaran
Penerangan :
Darjah ini dianugerahkan kepada ahli kerabat DYMM Sultan Mahmud Badaruddin III dan juga DYMM Raja / Sultan bagi Negara Asing yang difikirkan sesuai oleh baginda, juga tidak ketinggalan kepada Ketua Negara yang berjaya membawa perkembangan kepada rakyat. Darjah Kebesaran ini merupakan darjah yang paling tinggi di dalam semua Darjah yang diwartakan oleh baginda dan ianya perlu pelbagai tapisan agar Darjah tidak disalah guna dan tidak diberi sewenang-wenangnya. Darjah ini hendaklah dikelaskan sebagai Yang Teramat Mulia
Gelaran Suami : tiada gelaran
Gelaran Isteri : tiada gelaran
Gelaran Perempuan : tiada gelaran
Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :
YTM. Sir. Muhammad bin Ali, D.K.T., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)
Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –
Darjah dilengkapi dengan :
1. Selempang
2. Medal di paras Poket
3. Medal dan Rantai Kebesaran
4. Medal di selempang
5. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat
6. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam
7. Medal untuk Isteri
8. Coler Pin untuk pakaian harian
9. Bantal penyampaian adat (jika perlu)